Photobucket

Thursday, April 15, 2010

Categorized |

Dahaganya Tulisan Erbakan, Qazi Husin dan Nik Aziz

11:30 AM






Dalam sebuah usrah kepimpinan Pas sebuah kawasan di negeri yang sudah diperintah, seorang exco dan orang besar kerajaan negeri tersebut turut serta. Kebanyakan ahli usrah yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kawasan tersebut banyak merujuk beberapa karya ulama haraki pimpinan Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami dan beberapa pemimpin gerakan Islam lagi. Mereka merujuk kepada beberapa pandangan penulis ini tentang apakah yang sepatutnya dibuat oleh sesebuah harakatul Islam apabila memerintah sesebuah negeri atau negara. Banyak lontaran ini ditujukan kepada orang yang terlibat secara langsung dalam mentadbir negeri. Maka banyaklah perkara yang belum dilaksanakan atau dilaksanakan dalam keadaan tidak sama dengan kehendak tulisan-tulisan yang menjadi manhaj haraki itu.

Pandangan dikeluarkan dengan baik sebagaimana biasanya usrah-usrah dalam Pas sebagai satu muhasabah supaya kita tidak lari daripada landasan Islam yang sebenar. Maka dihujung perbincangan ini, sampailah giliran seorang ahli usrah bertaraf exco kanan untuk bercakap. Dia memulakan dengan memuji tulisan ulama-ulama haraki ini, khususnya dalam memberikan panduan yang baik kepada pemerintahan. Namun disoal kepada hadirin, "adakah wujud dikalangan penulis-penulis tersebut yang mempunyai pengalaman memerintah? Maka jawapannya tidak ada. Ditanya lagi, "adakah wujudnya tulisan selain yang disebutkan ditulis oleh seorang tokoh haraki yang pernah memerintah? Maka jawapannya juga hampir tiada. Jadi beliau menyimpulkan bahawa ksemua pandangan yang diberikan baik, namun realiti orang yang memerintah keadaannya berbeza.

Maknanya bukan menolak pandangan ulama, tetapi perlunya dikalangan ulama-ulama haraki yang pernah punyai pengalaman memerintah menulis panduannya. Ini kerana keadaan yang berbeza memerlukan kesegaran dalam penulisan. Almarhum Dr Fathi Yakan pernah menolak pilihanraya, tetapi lama-kelamaan dia juga bertanding pilihanraya dan menang sebagai ahli parlimen di Lubnan selepas melihat kondisi yang berbeza. Lihat sahaja Lubnan yang mempunai penduduk muslim dan Kristian yang tidak jauh beza. Muslim pula berpecah kepada sunnah dan syiah. Sunnah pula berpecah kepada sekuler pro Amerika dengan yang benar-benar haraki.Jadi peratusnya sangat kecil untuk memungkinkan jemaah Islam di sana memerintah.

Pengamatan penulis di dalam dunia ini jika tidak silap, selepas kejatuhan Othmaniah, Tok Guru Nik Aziz lah orang paling lama daripada gerakan Islam memerintah negeri iaitu selama 20 tahun. Jamiat e Islami pernah bersama kerajaan campuran di zaman Jeneral Zia Ul Haq di Pakistan, namun tidak lama. Refah pernah memerintah Turki, namun digulingkan selepas dua tahun. Ustaz Hasan Turabi pernah bersama kerajaan jeneral Omar Bashier di Sudan, namun dia bukan mengepalai dan hayatnya juga bersama kerajaan tidak lama. Jadi orang paling lama memerintah daripada gerakan Islam adalah Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan walaupun bukan pemerintah negara.

Maka beliaulah yang paling utama menulis buku-buku baru berkaitan pengalaman memerintah dari sudut Fiqh Haraki. Harganya sangat mahal dikala gerakan Islam dahagakan satu manhaj baru sebagai panduan utuk abnaul harakah. Usia yang masih berbaki harus diambil oleh setiausaha politik atau setiausaha akhbarnya untuk mengutip mutiara-mutiara pengalaman memerintah tersebut. Begitu juga dengan Dr Najmudin Erbakan yang sangat tua dan juga Qazi Husein Ahmad yang boleh menceritakan konsep tahaluf siasi yang mereka amalkan ketika bergabung dengan kerajaan Pakistan di era 80-an. Dalam konteks dunia umat Islam ditanamkan dengan sekulerisme begitu lama sehingga mengikis identiti sebenar mereka, maka pengalaman Dr Najmudin Erbakan sangat penting walaupun beberapa kali kemenangan beliau di Turki dikhianati tentera dan mahkamah. Beliau bertindak dalam konteks negara yang pekat sekulernya mengalahkan negara bukan Islam. Mereka yang pernah dan sedang memerintah ini lebih mengetahui keutamaan-keutamaan tindakan diawal pemerintahan.

Erbakan boleh menulis bagaimana memerintah di negara yang pekat sekulernya. TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang boleh menulis tentang pemerintahan di negeri yangmasih punyai raja atau sultan berpelembagaan. Qazi Husein boleh menulis baik buruknya tahalus siasi(persefahaman politik) dalam gerakan Islam. Semuanya ini bernilai dalam konteks semasa.

Semoga tulisan-tulisan ini akan menghilangkan dahaga ilmu dikalangan ahli gerakan Islam sekaligus memperbaharui rujukan-rujukan terkini buat ahli gerakan Islam di seluruh dunia.

0 Responses to “Dahaganya Tulisan Erbakan, Qazi Husin dan Nik Aziz”

Post a Comment

Feedjit Traffic

Followers