Monday, April 19, 2010

Diantara Zaid Ibrahim Dan Abu Mihjan r.a.

10:18 PM

"Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini.

Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith: "sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.


Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad bin Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.

(Dipetik daripada tulisan Dr Z.Marzuki)

Read the full story

Natrah Orang Kedua Di Islamkan Che Aminah

10:07 PM

Membaca beberapa rekod penjajah menceritakan perjalanan hidup Natrah dan juga ibu ankatnya Che Aminah. Beberapa rekod ditulis Che Aminah ini sekadar pembantu rumah atau bibik yang membela Natrah. Namun yang sebenarnya Che Aminah ini adalah pedagang dan pendakwah. Sebelum mengIslamkan Natrah, dia terlebih dahulu mengIslamkan seorang Jepun.

Perkara ini berlaku ketika dia mengikuti suaminya yang berkerja di Jepun. Tertarik dengan dakwah bil hal, keperibadian Che Aminah yang sangat terpuji, jirannya berbangsa Jepun itu memberikan dua anaknya kepada Che Aminah untuk dijaga. Che Aminah membawa pulang ke Malaysia keduanya dan diIslamkan. Namanya Kamariah. Selang beberapa tahun kemudian, Che Aminah mengikuti suamnya ke Bandung Indonesia. Di sanalah bertemunya dengan Natrah yang diserah ibunya. Dibawa balik ke TanahMelayu dan diIslamkan. Membesarlah Natrah bersama kakak angkatnya Muslim Jepun bernama Kamariah.

Ketika datang ke Malaysia 10 tahun yang lalu, Natrah telah ke Kemaman dan mencari Kamariah. Mereka bertemu stelah hampir 50 tahun berpisah. Kamariah dan suaminya Yusuf dan anaknya Rogayah(masih hidup) membawa Natrah ke kubur ibu angkatnya Che Aminah. Natrah turut sama berdoa dikuburan itu untuk ibu angkatnya. Sebelum pulang ke Belanda, dia menyerahkan sejumlah wang kepada Kamariah, minta dibuat tahlil untuk ibu angkatnya Che Aminah.

Read the full story

Thursday, April 15, 2010

Dahaganya Tulisan Erbakan, Qazi Husin dan Nik Aziz

11:30 AM






Dalam sebuah usrah kepimpinan Pas sebuah kawasan di negeri yang sudah diperintah, seorang exco dan orang besar kerajaan negeri tersebut turut serta. Kebanyakan ahli usrah yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kawasan tersebut banyak merujuk beberapa karya ulama haraki pimpinan Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami dan beberapa pemimpin gerakan Islam lagi. Mereka merujuk kepada beberapa pandangan penulis ini tentang apakah yang sepatutnya dibuat oleh sesebuah harakatul Islam apabila memerintah sesebuah negeri atau negara. Banyak lontaran ini ditujukan kepada orang yang terlibat secara langsung dalam mentadbir negeri. Maka banyaklah perkara yang belum dilaksanakan atau dilaksanakan dalam keadaan tidak sama dengan kehendak tulisan-tulisan yang menjadi manhaj haraki itu.

Pandangan dikeluarkan dengan baik sebagaimana biasanya usrah-usrah dalam Pas sebagai satu muhasabah supaya kita tidak lari daripada landasan Islam yang sebenar. Maka dihujung perbincangan ini, sampailah giliran seorang ahli usrah bertaraf exco kanan untuk bercakap. Dia memulakan dengan memuji tulisan ulama-ulama haraki ini, khususnya dalam memberikan panduan yang baik kepada pemerintahan. Namun disoal kepada hadirin, "adakah wujud dikalangan penulis-penulis tersebut yang mempunyai pengalaman memerintah? Maka jawapannya tidak ada. Ditanya lagi, "adakah wujudnya tulisan selain yang disebutkan ditulis oleh seorang tokoh haraki yang pernah memerintah? Maka jawapannya juga hampir tiada. Jadi beliau menyimpulkan bahawa ksemua pandangan yang diberikan baik, namun realiti orang yang memerintah keadaannya berbeza.

Maknanya bukan menolak pandangan ulama, tetapi perlunya dikalangan ulama-ulama haraki yang pernah punyai pengalaman memerintah menulis panduannya. Ini kerana keadaan yang berbeza memerlukan kesegaran dalam penulisan. Almarhum Dr Fathi Yakan pernah menolak pilihanraya, tetapi lama-kelamaan dia juga bertanding pilihanraya dan menang sebagai ahli parlimen di Lubnan selepas melihat kondisi yang berbeza. Lihat sahaja Lubnan yang mempunai penduduk muslim dan Kristian yang tidak jauh beza. Muslim pula berpecah kepada sunnah dan syiah. Sunnah pula berpecah kepada sekuler pro Amerika dengan yang benar-benar haraki.Jadi peratusnya sangat kecil untuk memungkinkan jemaah Islam di sana memerintah.

Pengamatan penulis di dalam dunia ini jika tidak silap, selepas kejatuhan Othmaniah, Tok Guru Nik Aziz lah orang paling lama daripada gerakan Islam memerintah negeri iaitu selama 20 tahun. Jamiat e Islami pernah bersama kerajaan campuran di zaman Jeneral Zia Ul Haq di Pakistan, namun tidak lama. Refah pernah memerintah Turki, namun digulingkan selepas dua tahun. Ustaz Hasan Turabi pernah bersama kerajaan jeneral Omar Bashier di Sudan, namun dia bukan mengepalai dan hayatnya juga bersama kerajaan tidak lama. Jadi orang paling lama memerintah daripada gerakan Islam adalah Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan walaupun bukan pemerintah negara.

Maka beliaulah yang paling utama menulis buku-buku baru berkaitan pengalaman memerintah dari sudut Fiqh Haraki. Harganya sangat mahal dikala gerakan Islam dahagakan satu manhaj baru sebagai panduan utuk abnaul harakah. Usia yang masih berbaki harus diambil oleh setiausaha politik atau setiausaha akhbarnya untuk mengutip mutiara-mutiara pengalaman memerintah tersebut. Begitu juga dengan Dr Najmudin Erbakan yang sangat tua dan juga Qazi Husein Ahmad yang boleh menceritakan konsep tahaluf siasi yang mereka amalkan ketika bergabung dengan kerajaan Pakistan di era 80-an. Dalam konteks dunia umat Islam ditanamkan dengan sekulerisme begitu lama sehingga mengikis identiti sebenar mereka, maka pengalaman Dr Najmudin Erbakan sangat penting walaupun beberapa kali kemenangan beliau di Turki dikhianati tentera dan mahkamah. Beliau bertindak dalam konteks negara yang pekat sekulernya mengalahkan negara bukan Islam. Mereka yang pernah dan sedang memerintah ini lebih mengetahui keutamaan-keutamaan tindakan diawal pemerintahan.

Erbakan boleh menulis bagaimana memerintah di negara yang pekat sekulernya. TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang boleh menulis tentang pemerintahan di negeri yangmasih punyai raja atau sultan berpelembagaan. Qazi Husein boleh menulis baik buruknya tahalus siasi(persefahaman politik) dalam gerakan Islam. Semuanya ini bernilai dalam konteks semasa.

Semoga tulisan-tulisan ini akan menghilangkan dahaga ilmu dikalangan ahli gerakan Islam sekaligus memperbaharui rujukan-rujukan terkini buat ahli gerakan Islam di seluruh dunia.

Read the full story

Saturday, April 3, 2010

Diantara Campur Tangan Isteri Najib Dan Isteri Khalifah Othmaniah

2:56 AM

Apabila membaca sejarah kerajaan Islam Othmaniah yang berpusat di Turki, kita akan menemui fakta-fakta beberapa campur tangan isteri sultan atau khalifah dalam pemerintahan. Beberapa orang Khalifah Othmaniah yang mempunyai isteri kedua atau ketiga, keempan dikalangan bukan orang Turki, mereka ini telah terlibat campur tangan dalam pentadbiran. Bukan sekadar itu, ada isteri khalifah yang sanggup berkomplot membunuh anak tiri dari ibu pertama dan juga adik beradik sultan, semata-mata hendak memastikan tahta kerajaan turun kepada anaknya.

Inilah diantara banyak sebab yang melemahkan kerajaan Othmaniah. Perkara ini disedari Sultan Abdul Hamid 2 dan dialah yang memulakan langkah menghalang isteri-isteri terlibat dalam pentadbiran. Namun keadaan ketika itu sudah parah sehinggalah membawa kepada penggulingan Sultan Abdul Hamid 2 daripada jawatannya. Dia telah dilarikan keluar dari Turki dan menetap beberapa tahun.

Inilah perkara yang menjadi bualan peminat-peminat politik Malaysia sama ada dikalangan rakyat Malaysia atau pemerhati luar negara. Mereka mula memperkatakan campur tangan isteri Perdana Menteri dalam pentadbiran. Beberapa menteri baru, CEO GLC dan jawatan politik dilantik atas kehendak isteri Perdana Menteri ini. Kerap dilihat isteri Perdana Menteri ini merasmikan pelbagai acara kerajaan dan bukan kerajaan yang jauh lebih kerap berbanding isteri-isteri Perdana Menteri yang lepas-lepas.

Jika Khalifah Othmaniah dilemahkan dengan campur tangan isteri-isteri kedua Khalifah, isteri Perdana Menteri Malaysia ini juga bukanlah isteri pertama Najib. Dia adalah isteri kedua Najib setelah bercerai dengan suami pertamanya seorang selebriti. Maka apabila berbalik kepada sejarah, tidak mustahil ianya akan berulang. Bukan sekadar negara terdedah dan terserah kepada asing seperti Apco milik Yahudi, malah paling bimbang suami itu sendiri akan dicampak entah ke mana selepas ini apabila tidak disukai isteri.

Read the full story

Terkini: Lagi Tangkapan Di Lembah Klau

2:09 AM

Isu Felda tidak terhenti setakat ini sahaja. Maklumat yang diperolehi sebentar tadi, seorang peneroka Felda Lembah Klau ditangkap kerana memasuki ladang sawitnya sendiri. Ini lah kerja pengurus Felda lembah Klau,Raub buat kali kelima. Sebelum ini tiga penduduk ditahan ata kes yang sama, kemudian Mazlan Aliman ditahan aas tuduhan menceroboh walaupun tuan rumah yang menjemput Mazlan ke sana dan beberapa hari lepas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man cuba ditahan ketika hendak berceramah di markaz Pas Lembah Klau.

Wakil Dewan Pemuda Pas Pahang sedang bergerak ke Balai Polis Raub untuk mendapatkan maklumat terkini dan memberi bantuan guaman.

Read the full story

Thursday, April 1, 2010

Selepas Mazlan, Tuan Ibrahim Pula Disekat Felda

11:42 AM

Tukulbesi.blogspot.com

Cerita Encik Awang Sulung Pengurus Felda Lembah Klau belum berakhir. Dia yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdialog, seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan dua hari di lokap sama,beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan. Awang Sulong seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda(FELSCO) membuat roadblock di jalan masuk ke Felda tersebut. Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tidak ada permit sedangkan ceramah di markaz tak perlu permit. Selepas Dato Tuan bertegas ,ceramah dapat dijalankan. Tapi ceramah tak boleh guna pembesar suara. Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12. Selepas itu dia datang lagi minta Dato Tuan segera bersurai. Gelagat dia macam OCPD! Yang nyata nya Awang Sulung dah ambil alih tugas Umno untuk ganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit. Dato Tuan sempat nasihatkan dia ,jangan sibuk hal politik,lebih baik balik tidur!

Masa dia ganggu ceramah Mazlan, mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila',tapi bila dia teruskan perangai buruknya,bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila.Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!

Read the full story

Feedjit Traffic

Followers