Friday, April 8, 2011

Categorized |

Kota Semarahan Dan Bangi Kawasan Berpotensi Untuk Dakwah

5:52 AM

Kota Semarahan salah sebuah kawasan terletaknya dun Muara Tuang yang ditandingi Pas dalam pilihanraya negeri Sarawak ketika ini. Di kawasan ini adanya 3 buah institusi pengajian tinggi iaitu UNIMAS, UiTM Semarahan dan Institut Perguruan Semarahan. Di sekitar IPT ini adanya satu kawasan perubahan lengkap dengan perbandaran dan masjid dikenali Desa Ilmu.

Ia seumpama Taman Universiti di Skudai dan beberapa kawasan perumahan sekitar IPTA yang ada dalam negara kita. Kebanyakan yang tinggal di kawasan ini ialah golongan cerdik pandai yang mampu membeli rumah dengan harga iRM 250 ribu dan keatas. Jika di Semenanjung kawasan Bangi sebagai contoh menjadi bandar pendidikan apabila adanya UKM, IPG, UNITEN, UNIKL, POLITEKNIK, KUIS dan beberapa IPT lagi di kawasan ini. Begitu juga Gombak (UIAM) dan beberapa kawasan lain.

Kawasan seperti ini biasanya subur dengan kegiatan agama dan kemasyarakatan. Masjid dan suraunya hidup dengan majlis-majlis ilmu, ahli jemaah yang ramai, institusi masyarakat yang hidup dan Pas biasanya kuat di kawasan seperti ini. Selepas daripada itu kawasan yang sama juga menjadi perhatian kumpulan kumpulan Islam lain yang ada dalam negara kita.

Namun di Desa Ilmu ianya belum berlaku. Malah Pas juga belum melebarkan sayapnya ke kawasan Semarahan ini. Namun dek kerana pilihanraya negeri Sarawak terjadi, maka ia bagaikan satu permulaan besar untuk Pas bertapak di kawasan ini. Pas bertanding di Muara Tuang salah satu dun dalam Semarahan. Jika dilihat kepada prestasi pilihanraya, BN dikatakan meletakkan dun ini dun kedua terkuat BN di Sarawak. Malah calon BN adalah adik TS Taib Mahmud sendiri. Pas sendiri hampir tidak ada kekuatan langsung di kawasan ini, tidak ada satu cawangan pun di sini.

Naum kehadiran petugas Pas Perak, Terengganu dan Wilayah di kawasan ini telah berjaya mengasaskan 5 cawangan Pas dalam tempoh 5 hari sahaja. Suatu yang mustahil untuk dilakukan di tempat lain. Di Lembah Pantai kami meletakkan target 1 cawangan baru setahun. Sempat melihat usaha Ustaz Misbahul Munir pimpinan Pas Perak bersama jentera mereka mengusahakan penubuhan cawangan satu demi satu setiap hari. Dia cuba menghubungi rakan-rakan lama ketika di Semenanjung dahulu yang menetap di sini, mencari melalui Facebook, pergi ke surau-surau bertemu jemaah surau dengan berpakaian Pas, masuk ke kampung-kampung bertemu pengundi, terangkan perjuangan Pas dan akhirnya dalam masa satu hari boleh kumpulkan lebih 10 orang untuk membentuk jawatankuasa penaja cawangan-cawangan baru.

Pengalaman berdamping dengan saudara Zulkifli, seorang anak muda bekerja sebagai Jurutera lingkungan usia hujung 20-an atau awal 30-an. Dia dilantik menjadi ketua penaja cawangan Desa Ilmu. Dia membawa saya berurusan di Bandar Kuching dan sekitar Semarahan. Ketika bertemu dengan rakan-rakannya sama ada di kedai kopi, tepi jalan atau di mana sahaja, perkara pertama dengan seronoknya dia memberitahu bahawa Pas telah ditubuhkan di Desa Ilmu dan dia menjadi ketuanya. Dia terus sahaja mengajak rakannaya itu menyertai Pas dan diberitahu program program Pas sepanjang pilihanraya ini. Responnya sangat positif dan berlKu perkembangan dalam masa beberapa hari sahaja.

Inilah perkembangan yang baik yang mrnampakkan gerakan Islam akan bertapak kuat di Sarawak satu hari nanti. Namun kegigihan menubuhkan cawangan juga perlu dicontohi kita di semenanjung.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Feedjit Traffic

Followers